//Nur SS
Kem Prodigy 2019

Sunday 12 May 2019 @ 07:15 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum semua dan salam kasih sayang ;)
Selama hampir 2 tahun di Upsi, selalu je dengar mengenai 'PRODIGY' ni lagi-lagi bila penasihat akademik kau sendiri dia punya boss. Alhamdulillah bila dah semester 4 ni baru diberi peluang untuk tahu lebih mendalam dan mengahayati sendiri apa maksud Prodigy sebenar. 
Serius, pada mula kena paksa pergi kem ni, berat hati sangat sebab masa tu nak balik rumah, tapi apakan daya, dah bayar jadi kita proceed je lah.

Pada hari pertama kem lagi, saya rasa ok sebab kem ni tk pressure macam kem kem sebelum ni saya join. Daripada slot ice breaking, saya sangat terhibur dan best dapat kenal dengan lebih rapat dengan senior dan junior ISMP Bimb dan Kaunseling. Walaupun ada beberapa saya kenal, dan ada juga yang kurang kenal, jadi melalui slot ice breaking ni, tak sangka saya kenal dengan ramai kawan yang ternyata sama tarikh lahir, bulan kelahiran, tempat tinggal dan sebagainya. Selepas pembahagian kumpulan, ia lebih menerujakan bila setiap kumpulan akan dapat 'duit' untuk dikumpul dan disimpan dan jumlah keseluruhan akan di campur pada hari last kem. 
Majoriti ahli kumpulan saya ialah senior saya dan 2 orang junior. Agak awkward pada mula, tapi tak sangka bila dah kenal mereka lain. Mereka sangat friendly dan kelakar dan itu memudahkan lagi untuk saya lebih senang untuk berinteraksi sesama ahli kumpulan. 

Pada hari kedua kem, terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan dan saya juga peroleh pelbagai input seperti kita dapat kenal personaliti seseorang melalui warna. Secara keseluruhannya saya merupakan seorang yang berwarna jingga. Seterusnya, saya juga dapat pelajari cara berkomunikasi menggunakan PAC iaitu Parents, Adult and Child. Ada beberapa situasi kita perlu aplikasikan cara berkomunikasi mengikut PAC. Tidak semua situasi kita perlu sentiasa Child dan tidak semua perkara kita perlu terlalu tegas dan serius seperti Parents. Banyak ilmu dapat saya peroleh melalui slot ini yang di jalankan oleh En Aziz sendiri. Pada sebelah petang pula, slot kembarun atau lebih dikenali dengan explorace bersama ahli kumpulan masing-masing. Explorace yang mana saya rasakan tersangatlah santai dan rileks. Kami diberikan masa daripada pukul 2 sehingga 4 petang. Kami boleh menyelesaikan atau tidak menyelesaikan explorace tersebut dan sambil sambil berjalan jalan di bandar sabak bernam. Selepas menyelesaikan semua task, kami singgah minum coconut shake di sebuah gerai berhampiran. Saya akui cuaca sangat panas dan terik tetapi konsep yang diterapkan dalam explorace ini ialah santai jadi semuanya jadi seronok. Kami juga sempat kutip buah mangga di sebuah balai bomba berhampiran, kami minta izin daripada pegawai tersebut dan kami hanya mencuba nasib. Tidak sangka mendapat layanan yang sangat baik daripada orang sekeliling. 

Pada hari ketiga merupakan hari terakhir kem kami. Agak sayu kerana pada slot terakhr yang dijalankan oleh En aziz juga iaitu Agape love. Sharing session daripada en Aziz sendiri dan juga cerita daripada beberapa orang kawan. sangat menyentuh hati, dimana situasi dan pengalaman yang dialami oleh setiap orang sangat berbaza. Setiap orang mempunyai cerita masing-masing. Mungkin luaran kita boleh tengok dia happy ceria tapi mungkin ada kisah silamnya yang sangat sedih dan trauma buatnya. Apa saya boleh reflek, hargai setiap orang yang ada disekeliling kita. 
Refleksi saya berdasarkan kem  prodigy ini, persepsi saya daripada mula tidak tahu menahu tentang prodigy, kini saya lebih tahu. Banyak benda dan pengalaman yang saya belajar dan dapat melalui kem ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana saya diberi peluang untuk merasai sendiri apa itu prodigy. U i love <3

Task untuk membeli surat khabar cina

Task di kedai RM2



Ahli Zealord di dalam bas sebelum bertolak ke Sabak Bernam
Task kami untuk bergambar di bawah pokok yang rendang ;)



The Disclaimer

Hi peeps.


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Syam

Best View at GOOGLE CHROME!